Posted:
2/18/2025, 4:00:00 PM
Location(s):
Selangor, Malaysia ⋅ Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Experience Level(s):
Mid Level ⋅ Senior
Field(s):
Sales & Account Management
Manfaat:
Pakej gaji yang menarik
Cuti Tahunan
Cuti Sakit dan lain-lain
Caruman KWSP dan PERKESO
Manfaat perubatan, pergigian & kaca mata.
Latihan di tempat kerja
Persekitaran kerja yang membangun dan menarik.dfl
Dedikasi kepada keselamatan melalui polisi Zero Harm kami
Tanggungjawab:
Sebagai Pengurus Bahagian Jualan, anda akan memimpin pasukan jualan untuk mendorong pertumbuhan jualan syarikat di dalam pasaran sasaran. Tugas utama anda adalah untuk membina dan membangunkan hubungan strategik bersama pelanggan untuk membantu keperluan mereka dan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan. Anda akan memastikan objektif dan matlamat syarikat dicapai sambil memupuk persekitaran kerja yang harmoni dan bekerja-sama.
Skop Kerja:
Mengenal pasti dan mengambil peluang jualan baru di pasaran sasaran.
Merancang dan melaksanakan strategi tahunan bagi pesanan pelanggan yang selaras dengan objektif syarikat, dengan menfokuskan untuk mencapai pertumbuhan tahun ke tahun di kawasan yang ditugaskan.
Menyediakan dan menghantar tender dan sebut harga, mengetuai perbincangan bersama pelanggan dan aktiviti bidaan (tender) untuk mengoptimumkan margin keuntungan sambil memastikan kepuasan pelanggan.
Menyediakan laporan bulanan mengenai jumlah pesanan semasa yang dijamin dan pencapaian hasil dan keuntungan, menyediakan laporan kepada pihak pengurusan tertinggi.
Secara proaktif membina dan mengekalkan hubungan dengan pelanggan dalam jangka masa panjang, memastikan tahap kepuasan yang tinggi dan peningkatan perkhidmatan yang berterusan.
Mengenal pasti keperluan pelanggan dan membangunkan strategi jualan yang kukuh melalui penyelidikan pasaran dan rangkaian.
Memimpin pembangunan dan memantau projek HVAC atau sistem Kawalan, menyampaikan penyelesaian komprehensif yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan.
Memastikan pematuhan dengan polisi dan prosedur Johnson Controls pada setiap masa.
Mempromosikan produk dan sistem HVAC atau sistem Kawalan dalam persatuan industri yang berkaitan, institut reka bentuk, dan integrasi.
Syarat Kelayakan:
Ijazah Sarjana Muda, atau setaraf dalam Kejuruteraan, Perniagaan, atau bidang yang berkaitan.
Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam peranan Juru Jual yang berkaitan dengan jualan berasaskan projek peralatan.
Bermotivasi sendiri, rajin, dan pemimpin yang positif.
Kemahiran interaksi yang tinggi, penyampaian, dan kebolehan menjual yang luar biasa.
Kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
Kesediaan untuk kerap melakukan perjalanan ke lain-lain tempat untuk memenuhi keperluan pelanggan dan projek.
Website: https://johnsoncontrols.com/
Headquarter Location: Cork, Cork, Ireland
Employee Count: 10001+
Year Founded: 1885
IPO Status: Public
Industries: Industrial Engineering ⋅ Physical Security